smile

smile is "sedekah".. smile is "sunnah Rasulallah".. i am smiling ^^... are you...??

30 LARANGAN TERHADAP WANITA ISLAM..!

30 LARANGAN TERHADAP WANITA ISLAM

1. Menyambung rambut palsu.
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi secara berlebih-lebihan.
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di hadapan lelaki lain.
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
9. Derhaka (nusyuz) kepada suami.
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami.
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram.
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya tanpa sebab.
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
15. Menyerupai lelaki.
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
17. Memandang aurat wanita lain.
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
19. Masuk permandian awam.
20. Mencakar-cakar tubuh ketika mendapat musibah.
21. Meratapi kematian.
22. Berhias atas meninggalnya seseorang.
23. Menghantar jenazah.
24. Mempercayai bomoh, dukun san peramal.
25. Menyumpah anak-anak sendiri.
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
27. Menganiaya pembantu.
28. Menganggu jiran.
29. Minta cerai kerana suami sakit.
30. Minta cerai kerana suami berkahwin lagi.

••• Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini •••

••• Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini •••

••► Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

••► Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala te......
rmasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

••► Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

••► Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••► Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

••► Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.





ermm.. mcm2... aku sekadar share ja.... kalau da tutup aurat tu biar la sekali gus... semoga kita berada dalam rahmatnya... ^^